Selasa, 11 Februari 2014

Doaku sempena hari yang indah ini ( 11 Februari )

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ya Allah... panjangkanlah umurku untuk aku terus beribadah padamu.. restuilah aku selalu agar setiap amal dan perbuatanku mendapat rahmatMU... terima lah taubatku agar aku berada dikalangan orang - orang yang tidak lalai dan rugi... murahkanlah rezekiku dan biarlah ianya dari sumber yang halal agar darah dagingku ini suci dan hatiku mampu terjaga supaya terus tunduk padaMU... Selamatkanlah aku di dunia ini dari penyakit yang merbahaya dan mala petaka... tabahkan hatiku dalam mengharugi setiap dugaanMU.. Berilah aku kesihatan yang baik agar aku dapat menuntut ilmu dan melakukan amal ibadah padaMU YA AllaH... Berikan aku kebahagiaan yang engkau kehendaki padaku...

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.


Terima Kasih kepada semua kawan kawan yang mengigati dan menghantarkan ucapan hari lahir buat ku

Isnin, 25 Jun 2012

Ujian-Mu


MENGHADAPI sesuatu ujian atau masalah kadangkala memeritkan, apatah lagi jika ia datang secara tidak diduga serta bertimpa-timpa/bertubi-tubi/berkali-kali.
Sesaknya dada dalam menghadapi ujian dan masalah itu hanya Allah yang tahu, sementara manusia di sekeliling hanya mampu memberi kata-kata nasihat untuk terus bertahan. 
TERIMA KASIH SEMUA...

Khamis, 24 Mei 2012

3 nyawa & mantan KRS





1. HANIES HADEY
2. SYAHIRA ROSLI
3. NADIAH RIDZUAN

Kalau lepak dengan dorg mmg best gler... suka sgt wat mimik muka yg agak ngok skit...haha..rindu kat korg sgt... kalau nak g KRS mesti meseg salah sorg dulu baru aku dtg... kalau x hmmmmmmmm malas sgt.. tp pikir jugak cg zaharah..huhuhu.. if perlukan aku sgt mmg aku dtg lah... tp kalau dorg ada, penting xpenting aku dtg je... hahaha.. muka xmalu..
Said dah jauh... aku rasa mcm jauh je jantung aku, tp xpe dia jauh sbb nak belajar..haha.. xde lah jauh mana pun...KL je pun... Anisa plak kat perak... Syiqin PLKN.. Fatihah lg la, lama sgt xjumpe dia...gi PKNS xpenah terserempak pun... tp xpela mesti dia sibuk kerja.. ^_^






Ya Allah aku bersyukur dgn apa yang kau berikan pada ku..
Terima Kasih juga Ya Allah sebab telah menyelamatkan AKU dari gelombang syaitan..
Terima Kasih juga doktor pakar psikologi Dr. Khairan Azir byk bantu aku mengenal hati, perangai manusia sebenar serta mengajar mengenal diri sendiri..
aku rasa aku dah dpt apa yg aku rasa nak sgt dimiliki tp xley nak dimiliki sehingga menyeksa diri sendiri utk mendapatkannya padahal bnde tu bole dimiliki dgn kesabaran bukan nya kemarahan ATAU penipuan...


Isnin, 21 Mei 2012

Nur Ezrina Farhana Bt Zainal Abidin

Maafkan akak kerana memarahi kamu.. tak tahu kenapa begitu ketara kamu berubah.. Akak nak bantu kamu pun, akak sendiri susah dik... Kalau kita xsayang diri sendiri, xguna gak kita syg org len... kembali lah ke pangkal jalan selagi ruang masa ada utk kamu... mmg susah nak ltkkan hati kita sepenuh nya pada Illahi.. tp cuba lah sedaya upaya.. Akak xkan penah putus berdoa utk kamu and adik2 akak yg len... kekadang pun akak de masalah lepaskan kat aznee, tcher aina, mama, adik2 akak yg len... pegi lah berjumpa org yg bole betulkan kita dik.. utk diri kita.. bukan utk org len... kerana kita nnti di kubur akan bersendirian...kembali lah kepada fitrah kita yg sebenar... Semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu... aminn ya rabbal alamin...

Serabut

Minggu yang begitu serabut..
Entah bila akan berubah..
Semakin meningkat umur ini, semakin dekat dgn kematian..
Ya Allah, aku tahu aku boleh hadapi nya, bantulah aku utk teruskan hidup ini..

Ahad, 6 Mei 2012

Ibu dan Ayah

17 Julai 2012 ( 7:15 pagi ) 
ibu dan ayah akan pulang ke Malaysia..^_^
Tahun ni berpuasa & beraya dgn ibu and ayah family..
Lagi seronok kalau semua balik..
Perancangan nak ayah bg ceramah sempena ifhtar dgn KRS SMKBBBangi bulan puasa nnti..Insya Allah..



Sabtu, 5 Mei 2012

Selamat Hari Lahir Sahabat


Selamat Hari Lahir.. 
Ikhlas dari hati seorang sahabat 
Terima kasih atas setiap kebaikan 
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan 

Moga Allah memberi ganjaran 
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan 
Moga ukhwah akan berkekalan 
Maafkan diri ini yang serba kekurangan 
Yang tak sunyi melakukan kesilapan 


Selamat Hari Lahir sahabatku 
selamat hari lahir permata hatiku 
berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi 
di dunia dan di akhirat yang abadi.. 
Allahumma Ameen..



AZNEE AZIZ

backwood cooking KRS Ulu Bendol, N9 tahun 2009